comscore
Tumpuan :
Nasional

580 kenderaan asing dikesan ulang-alik isi minyak di sempadan Malaysia-Thailand – KPDN

Muhammad Nizam (kanan) melakukan pemantauan di stesen minyak di daerah Kubang Pasu untuk memastikan tiada berlaku penyelewangan. FOTO NSTP

JITRA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mengesan 580 kenderaan asing yang dipercayai berulang-alik mengisi minyak melebihi satu kali berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, sejak 25 September lalu.

Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, maklumat itu diperoleh hasil penugasan pegawai KPDN Kedah secara statik di lima stesen minyak di Kubang Pasu dan sebuah di Baling.

“Hasil risikan, kami menyita antaranya 1,300 liter petrol bernilai RM2,865 serta 4,200 liter diesel bernilai RM12,390 dengan jumlah keseluruhan RM37,015,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di beberapa stesen minyak di sini, hari ini.

“Taktik digunakan ialah dengan membuat pembelian menggunakan tong kecil selain ada kenderaan disyaki mempunyai tangki tambahan,” katanya lagi.

Beliau berkata, penugasan itu juga membantu pihaknya mendapatkan perbandingan rekod jualan petrol dan diesel antara 1 hingga 20 Oktober berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Disebabkan itu, kita mendapati terdapat penurunan jualan bagi produk diesel di stesen-stesen berkenaan antara tujuh hingga 24 peratus manakala bagi petrol Ron 95 pula mencatatkan penurunan tiga hingga 30 peratus,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini