comscore
Tumpuan :
Nasional

53 mangsa dipindahkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) malam tadi akibat banjir

Oleh: Selwam Arjunan

KUBANG PASU: Tiga kampung di Mukim Malau, di sini, dilanda banjir menyebabkan 53 mangsa dipindahkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapt (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, Kampung Padang Panjang, Kampung Sampang dan Kampung Lubuk Ipoh merupakan kawasan yang terjejas.

“PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Malau pada jam 9.16 malam Isnin.

“53 mangsa dari 15 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan.

“APM di lapangan masih membuat pemantauan ketika ini dan berada dalam keadaan siap sedia.

“Kami juga menasihati mangsa untuk berpindah ke tempat yang selamat dan membantu memindahkan mangsa ke PPS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, APM juga telah menggerakkan bot dan kenderaan pacuan emapt roda untuk membantu mangsa banjir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini