KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan penurunan dengan 521 mangsa masih terjejas dan setakat jam 4 petang, kesemua mangsa daripada 170 keluarga berada di tiga PPS di Dungun.
Dungun menjadi satu-satunya daerah yang masih dilanda banjir gelombang keempat yang bermula Selasa lalu.
Pagi tadi, seramai 782 mangsa daripada 228 keluarga berada di enam PPS di daerah berkenaan.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu,tiga PPS yang masih aktif adalah Dewan Serbaguna Kampung Shukor,Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi.
PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 247 mangsa daripada 96 keluarga diikuti Dewan Serbaguna Kampung Shukor yang menjadi tempat berteduh 226 mangsa (61 keluarga).
Seramai 48 mangsa daripada 13 keluarga lagi berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Mangsa banjir Terengganu berkurangan, 782 masih terjejas di Dungun
- [VIDEO] Kami hanya berharap bahagian dapur sebagai tempat berteduh – Mangsa banjir
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.