comscore
Tumpuan :
Nasional

5,000 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 tetamu hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Majlis bermula jam 4 petang itu diserikan dengan kehadiran Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali berkata ini adalah kali kedua pihaknya mengadakan rumah terbuka dengan tema Raya Macam Dulu-Dulu.

Katanya, pemilihan tema itu dibuat bagi mengembalikan budaya asal dan tradisional sambutan Hari Raya Aidilfitri selain menggamit nostalgia lalu.

“Tahun ini pada hemat saya lagi meriah berbanding tahun lepas, mungkin kerana syarikat telah banyak menjalinkan kerjasama dengan rakan strategik.”

“Jadi Alhamdulillah sambutan tahun ini amat menggalakkan,” katanya kepada media dalam majlis berkenaan.

Tambahnya, tema itu juga mempunyai signifikan dengan Media Prima dalam mengetengahkan sambutan Aidilfitri.

“Signifikan tema ini, pasukan daripada Media Prima berfikir bahawa kita (perlu) raikan cara raya dulu-dulu (dalam) mengetengahkan cara berhari raya.”

“Jangan lupakan keistimewaan (menyambut) hari raya itu terutama macam dulu-dulu,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Kumpulan Media Prima (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof; Ketua Pegawai Operasi (COO) Media Prima Omnia, Datuk Mohd Effendi Omar; Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Kamaruddin Mape; Pengarang Kumpulan New Straits Times, Farrah Naz Karim; Ketua Pegawai Pemasaran Media Prima, Amir Rasyidi Johari dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini