Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 50 obor-obor api beracun ditemui di Pantai Teluk Ketapang

 

KUALA NERUS: Puluhan obor-obor api atau Portuguese Man O’ War, ditemui di Pantai Teluk Ketapang, di sini.

Kehadiran obor-obor berwarna biru dan mempunyai ribuan sel penyengat berbisa itu disedari orang ramai sebelum tular di media sosial.

Dalam hantaran di Facebook, Pusat Rujukan & Repositori Laut China Selatan Universiti Malaysia Terengganu UMT berkata, sejak 2 hari lalu beberapa obor-obor api itu dijumpai bersama obor-obor ‘blue button’ oleh sukarelawan RRC ketika bersiar-siar.

Namun hari ini, amat mengejutkan apabila Pegawai Sains Kanan, Institut Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin UMT Dr. Thirukanthan Chandra Segaran menemui kira-kira 50 obor-obor api di Pantai Teluk Ketapang pada jam 10.30 pagi tadi.

FOTO: Pusat Rujukan & Repositori Laut China Selatan/ Facebook

Menerusi beliau, lima tahun kebelakangan ini, hidupan marin itu muncul dengan sangat banyak terutama pada awal Januari dan Februari setiap tahun.

Namun tahun ini, sesuatu yang mengejutkan apabila ia mulai ditemui terdampar pada akhir Disember dengan kuantiti yang banyak.

Pensyarah FSSM UMT Prof Madya Dr Roswati Md Amin berkata, sel penyengatnya boleh memberi kesan berbahaya kepada manusia sekiranya terkena sengatan atau tersentuh pada bahagian itu walaupun ia sudah mati.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini