KOTA BHARU: Lima sungai di Kelantan melepasi paras bahaya, pagi ini, susulan hujan lebat berterusan, sejak pagi semalam.
Sungai berkenaan adalah Sungai Lanas di Jeli, Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Melor di Bachok, Sungai Semerak di Pasir Puteh dan Sungai Kelantan di Kampung Temangan.
Berdasarkan publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai melepas paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Galas di Dabong.
Manakala, enam sungai melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Tanah Merah, Sungai Golok di Tumpat, Sungai Buaya di Pasir Puteh, Sungai Galas di Gua Musang, Sungai Kelantan di Kusial Baru dan Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai.
Sehingga 7 pagi ini, hujan lebat di beberapa kawasan dan dijangka, paras air sungai terus meningkat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.