Tumpuan :
Nasional

5 sungai di Kelantan dan 4 di Pahang lepasi paras bahaya

Limpahan air Sungai Golok yang mula memenuhi Jalan Kedai Tanjung ke jalan Rantau Panjang ketika tinjauan hari ini.- NSTP

KOTA BHARU: Lima sungai utama di Kelantan masih melepasi paras bahaya, masing-masing satu lepasi paras amaran dan tiga paras berjaga-jaga setakat ini.

Laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan antara sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.32 meter (m) berbanding paras normal 5.00m.

Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah juga melepasi paras bahaya dengan bacaan 24.17m, diikuti Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat (3.83m), Sungai Pergau di Jeli (55.85m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (36.82m).

Satu sungai melepasi paras amaran ialah Sungai Kelantan di Kuala Krai (23.98m), manakala tiga sungai paras berjaga-jaga pula ialah Sungai Lanas di Jeli (28.7m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Kelantan di Jeti Kastam Kota Bharu masing-masing dengan bacaan 3.26m serta 3.37m.

Sementara itu, mengikut portal eBanjir Kelantan, 20 jalan di negeri ini yang masih ditutup kepada kenderaan ringan dan juga semua kenderaan iaitu 16 di Pasir Mas, masing-masing dua di Tumpat dan Machang.

Antara jalan yang ditutup di Pasir Mas termasuk Jalan Kota Bharu- Pasir Mas- Rantau Panjang, Jalan Panglima Bayu- Rantau Panjang- Jeram Perdah, Jalan Tok Deh- Gual Periok dan Jalan Pasir Mas- Pohon Tanjung.

Jalan di Machang yang ditutup pula membabitkan Jalan Machang- Pangkal Meleret- Wakaf Bata dan Jalan Paloh Rawa- Belukar Panjang, manakala di Tumpat Jalan Cabang Empat/ Kampung Jambu/ Meranti serta Jalan Kota Bharu- Pasir Mas- Rantau Panjang.

Limpahan air Sungai Golok yang mula memenuhi Jalan Kedai Tanjung ke jalan Rantau Panjang ketika tinjauan hari ini.

Limpahan air Sungai Golok yang mula memenuhi Jalan Kedai Tanjung ke jalan Rantau Panjang ketika tinjauan hari ini.

Di Kuantan, empat sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras amaran, setakat jam 12 tengah hari ini.

Sungai berkenaan ialah Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan; Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan dan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin.

Paras Sungai Pahang, di Kampung Lada, Jerantut. – Foto NSTP

Sebelas sungai pula merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis; Sungai Tembeling di Kampung Merting dan Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut.

Selain itu, Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Pahang di Waterfront, Bera.

Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang; Sungai Pahang di Kampung Chenor dan Sungai Luit di kampung Subuh, Maran.

Di Kuantan pula Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Belat di Seri Damai.

Loading...
Terkini