Tumpuan :
Nasional

5 rumah kedai hangus dalam kebakaran di Pasir Puteh

Kebakaran membabitkan lima rumah kedai yang hangus 100 peratus di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh. FOTO: NSTP

PASIR PUTEH: Lima unit rumah kedai hangus dalam kejadian kebakaran di Kampung Alor Pasir di sini, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.23 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Elmi Mustofar berkata, kebakaran setakat ini tidak membabitkan kehilangan nyawa.

FOTO: NSTP

“Sejurus tiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran lima unit rumah kedai jenis sementara dan membabitkan kebakaran 100 peratus.

“Kejadian tidak membabitkan mangsa dan anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit,” katanya ketika ditemui BH di lokasi.

Beliau berkata, operasi pemadaman membabitkan 28 anggota termasuk tiga pegawai dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Tok Bali, Tanah Merah dan Ketereh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini