comscore
Tumpuan :
Nasional

5 PPS di Baling ditutup hari ini

BALING: Lima Pusat Penempatan Sementara (PPS) di daerah ini ditutup sepenuhnya hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya, berkata seramai 327 mangsa daripada 125 keluarga dibenarkan pulang tengah hari ini selepas cuaca kembali pulih.

Beliau berkata, Lima PPS terbabit PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Maktab Mahmud Bongor, Dewan Tun Abdul Razak, Kompleks Rakan Muda Batu 42 dan SMK Parit Panjang.

“Mangsa dibenarkan pulang apabila air Sungai Ketil semakin surut dan mereka selamat untuk pulang ke rumah masing- masing.

“Mangsa berpindah sejak malam tadi selepas penempatan mereka dinaiki air sehingga paras satu meter,” katanya.

Yazlan Sunardie berkata, sekiranya hujan lebat dan banjir semula mangsa diarah berpindah segera ke kawasan selamat dan PPS yang disediakan.

“Saya nasihatkan penduduk yang sering terjejas dengan banjir supaya berpindah dengan segera dan patuh arahan pihak keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata, anggota keselamatan sentiasa memantau sekiranya hujan lebat bagi memastikan kawasan yang sering terjejas banjir dalam keadaan terkawal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini