Tumpuan :
Nasional

5 pemandu mabuk ditahan dalam operasi di Johor

JOHOR BAHRU: 20 individu, termasuk lima yang memandu dalam keadaan mabuk, ditahan dalam operasi khas di Johor yang dijalankan dari 3 hingga 5 Januari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 467 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang mengabaikan isyarat lampu merah, mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga memaklumkan 48 kenderaan disita dalam operasi tersebut, sementara 1,271 saman tambahan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas lain.

“Siasatan terhadap kesalahan ini dibuat mengikut Seksyen 45A(1), Seksyen 42(1), dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis Johor menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa fokus ketika memandu dan mematuhi peraturan undang-undang jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pematuhan terhadap peraturan jalan raya adalah tanggungjawab bersama demi keselamatan semua pihak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini