KUALA LUMPUR: Lima pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat kes penganiayaan dibatal lantikan dan perlu bayar ganti rugi kepada kerajaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan berkata Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang semalam meluluskan syor itu terhadap mereka terlibat dalam tiga kes penganiayaan terhadap PK yang lain.
“ALK telah mengesyorkan tindakan terhadap lima orang pelaku tersebut kepada MAT, termasuklah pembatalan pelantikan sebagai PK, pemberhentian kerja daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mengenakan bayaran ganti rugi kepada Kerajaan Malaysia yang dikira daripada keseluruhan perbelanjaan yang telah dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian” kata Khaled.
Tindakan yang dikenakan ini tidak tertakluk kepada tindakan lain yang diambil oleh pihak UPNM sendiri mahupun Jabatan Peguam Negara.
Berita lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.