Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 5 motosikal ‘superbike’ kemalangan, Lebuhraya Karak sesak

 

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah ibu negara perlahan lebih 8 kilometer akibat kemalangan lima motosikal berkuasa tinggi di Kilometer (KM) 26.5, hari ini.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, laporan awal yang diterima pihaknya mengatakan kemalangan berlaku 1.45 tengah hari dan menyebabkan lorong kanan lebuh raya terhalang.

“Setakat jam 2.30 petang tadi, lorong laju masih ditutup. Trafik kini agak perlahan sepanjang 8.5 kilometer dari KM35 (Genting Sempah-Gombak) hingga ke lokasi kemalangan.

FOTO: LPT Trafik / Twitter

“Justeru kita minta semua pengguna lebuh raya supaya bersabar dan berhati-hati ketika memandu selain mematuhi arahan petugas di tempat kejadian,” katanya.

Terdahulu tular beberapa gambar dan rakaman video membabtikan kemalangan itu di media sosial.

FOTO: LPT Trafik / Twitter

Difahamkan, kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa namun kelima-lima penunggang motosikal terbabit dilaporkan cedera.

Bagaimanapun pihak media sedang menunggu maklumat lanjut daripada polis berkaitan kemalangan itu.

FOTO: LPT Trafik / Twitter
Loading...
Terkini