comscore
Tumpuan :
Jenayah

5 ejen Ah Long mengaku khianat, ugut peniaga dipenjara

Oleh: Kadir Edison

KOTA SAMARAHAN: Lima lelaki yang menjadi ejen Ah Long dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 12 tahun selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan membakar kediaman dan menyimbah cat di premis milik mangsa.

Majistret Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman terbabit ke atas tertuduh yang digelar seebagai Alex, 22, Nelson, 25, Ah Nam, 31, Ah Nud, 31 dan Ah Yung, 32 selepas mendengar pengakuan bersalah daripada kesemua tertuduh.

Berdasarkan petuduhan, tiga daripada tertuduh iaitu Alex, Nelson dan Ah Nam, telah dituduh dengan niat bersama melakukan khianat dengan api dengan membakar tiga buah rumuh milik mangsa

Kesemua mereka dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Majistret Iris Awen selepas membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan terbabit.

Manakala  dua lagi tertuduh iaitu Ah Nud dan Ah Yung dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas kedua mereka mengaku bersalah dengan niat bersama dengan seorang lagi tertuduh, Ah Nam untuk melakukan ugutan jenayah ke atas mangsa yang juga merupakan pemilik sebuah kedai perabot.

Ah Nud dalam pada itu turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dikenakan hukuman penjara 22 bulan apabila dia membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terbabit dibacakan kepadanya.

Majistret Iris Awen menetapkan kesemua  tertuduh manjalani hukuuman tersebut secara berasingan bermula 31 Julai 2023.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri memberitahu polis giat mengesan rangkaian sindiket Ah Long yang mengupah individu untuk membakar serta menyimbah cat ke rumah peminjam mereka melalui tawaran kerja di media sosial dengan bayaran berjumlah RM1,500.

Pada 7 Julai lalu, polis menerima laporan daripada seorang mangsa  yang memaklumkan rumah miliknya di Kota Samarahan telah dibakar serta menerima kiriman video insiden tersebut melalui aplikasi WhatsApp.

Pada masa sama, mangsa turut melaporkan tiga lagi kejadian simba cat di kedai perabot dan rumah milknya di Kota Samarahan.

Loading...
Terkini