Tumpuan :
Nasional

5 beranak rentung dalam kebakaran di Umbai

JASIN: Lima beranak termasuk empat kanak-kanak rentung selepas kediaman mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sufian Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.40 pagi.

Dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi dan tiba jam 1.51 pagi.

“Terdapat seorang wanita dewasa bersama empat kanak-kanak perempuan ditemui rentung dan seorang lelaki ditemui masih hidup.

“Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan operasi terkawal,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini