comscore
Tumpuan :
Nasional

5 ADUN Sabah sudah dipanggil SPRM

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang disyaki terbabit dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri itu.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah.

“SPRM Sabah sudah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan disyaki terbabit isu dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri itu.

“Siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.

“Setakat ini, lima orang ADUN sudah dipanggil untuk dirakam percakapan, dan siasatan masih giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, SPRM menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini