comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 49,000 pekebun kecil getah terima `duit raya’ 14 April ini

 

Foto hiasan

PETALING JAYA: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada 49,000 pekebun kecil getah akan disalurkan sebelum atau pada 14 April ini.

Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), ia melibatkan peruntukan RM9.8 juta.

BKKA akan turut disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada pekebun kecil yang memiliki kebun getah dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah.

“Lembaga Getah Malaysia akan menyalurkan BKKA sebanyak RM200 kepada pekebun kecil getah berdaftar dengan keluasan kebun getah melebihi 2.5 hektar sehingga 6.0 hektar.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Mac lalu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menyalurkan BKKA sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loading...
Terkini