Tumpuan :
Nasional

48,000 ayam rentung, reban terbakar di Jitra

Sebuah ladang ayam di Jalan Guar Napai, Kampung Paya Muyud di sini musnah dalam kebakaran yang menyebabkan 48,000 ayam mati.- Foto: NSTP

JITRA: Kira-kira 48,000 ekor ayam rentung dalam kebakaran sebuah bangunan dua tingkat yang dijadikan pusat penternakan ayam di Jalan Guar Napai, Kampung Paya Muyud, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pasukannya bersama BBP Bukit Kayu Hitam dan BBP Alor Setar bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.01 malam.

“Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Pinang, PBS Seberang Nyonya, PBS Pokok Sena, PBS Jalan Kundur, PBS Kilang Tebu serta Tenaga Nasional Berhad (TNB),“

Keseluruhan ayam ternakan di premis itu berjumlah 50,000 ekor, namun kira-kira 48,000 ekor mati akibat kebakaran,” katanya.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada 12.46 tengah malam dengan kemusnahan dianggarkan mencecah 80 peratus.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini