comscore
Tumpuan :
Nasional

47 pelajar MRSM Terendak alami gejala sakit perut, punca masih disiasat

Foto hiasan

MELAKA: Seramai 47 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak disahkan mengalami gejala sakit perut dan diberi rawatan di Klinik Kesihatan (KK), malam semalam.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, gejala sakit perut dialami semua pelajar terbabit dilaporkan tidak serius dan mereka sudah dibenarkan kembali serta melakukan aktiviti seperti biasa di maktab berkenaan.

“Pemeriksaan sudah dilakukan oleh pihak pegawai kesihatan daerah (PKD) bagi mengenalpasti sumber kepada kes ini dan kita masih menunggu laporan berkaitan.

“Setakat ini tiada punca yang dapat dikenalpasti secara tepat dan kawalan dibuat berdasarkan kemungkinan makanan, tetapi ia tidak membabitkan Dewan Selera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hantaran dibuat Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook mengenai 48 pelajar MRSM Terendak mengalami keracunan makanan.

Asyaraf Wajdi dilapor berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh ibu bapa pelajar termasuk keluhan mengenai fasiliti di pusat pengajian itu.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, beliau dimaklumkan di kampus MRSM Terendak juga terdapat kafe dan koperasi yang menjual makanan bagi kemudahan seramai 663 pelajarnya.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem turut mengesahkan semua pelajar yang mengalami keracunan makanan dirawat sebagai pesakit luar di KK Masjid Tanah dan Rembia dan tiada ditahan di wad.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini