Tumpuan :
Nasional

46 termasuk 38 murid tadika terperangkap banjir diselamatkan abang bomba 

FOTO: Ihsan Bomba

Oleh : Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Kira-kira 38 murid sebuah tadika bersama 6 guru dan dua orang kurang upaya (OKU) berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam banjir selepas Kampung Mohd Amin, dekat sini, dinaiki air hingga satu meter, petang tadi.

Kejadian berlaku jam 3.30 petang ketika kanak-kanak terbabit berada di tadika berkenaan.

Begitupun tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat Larkin menyelamatkan semua mangsa sebelum dipindahkan ke lokasi selamat.

Menurut Ketua Balai Bomba Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Mohd Suhaimi Abdul Jamal, 20 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

FOTO: Ihsan Bomba

Tiga buah bot termasuk sebuah bot awam digunakan bagi memindahkan semua mangsa ke tempat lebih tinggi.

Turut diselamatkan dua penduduk kampung orang kurang upaya (OKU) yang terperangkap dalam banjir di kampung sama.

Dalam pada itu tiga buah rumah di kampung baru Plentong turut rosak apabila bumbung diterbangkan angin.

Sekreteriat bencana negeri mengesahkan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini