comscore
Tumpuan :
Nasional

46 struktur penjaja haram di PPR Seri Pantai diroboh

Foto: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/ Facebook

KUALA LUMPUR: 46 struktur penjaja haram di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Rabu lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, DBKL memaklumkan usaha bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Bhd (TNB) serta Air Selangor itu adalah untuk menyusun semula penjaja di ibu negara, khususnya di kawasan Perumahan Awam (PA) dan PPR.

“Notis pemakluman 14 hari dikeluarkan pada 16 Oktober kepada penjaja yang terbabit bagi membolehkan mereka membuat persiapan bagi mengosongkan tapak serta peralatan mereka sebelum kerja perobohan dilaksanakan.

“Selain itu, DBKL juga telah mengadakan sesi libat urus lebih awal bersama penjaja terbabit bermula April lalu.

Foto: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/ Facebook

“Berdasarkan sesi libat urus berkenaan, kesepakatan telah dicapai berkenaan penempatan semula serta pemindahan penjaja di beberapa lokasi baharu,” katanya.

Antara lokasi baru adalah di Medan Selera Tempat Letak Kereta PPR Seri Pantai, Bazaria Pantai, Medan Selera Seri Pantai dan unit kedai di kawasan perumahan.

Foto: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/ Facebook

DBKL akan terus komited untuk menyusun semula penjaja di Kuala Lumpur dengan mengenal pasti lokasi yang bersesuaian dengan konsep penjajaan yang teratur dan bersih.

“Ia sejajar dengan matlamat yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu mewujudkan persekitaran serta peluang yang lebih baik buat penjaja di Kuala Lumpur,” katanya.

Loading...
Terkini