Tumpuan :
Nasional

45 daerah belum ada premis APM terutama Sabah & Sarawak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Ali (tengah) pada sidang media selepas majlis penutupan bengkel penyelarasan operasi dan pengurusan bencana negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: “Ada yang terpaksa beroperasi dari rumah dan meminjam pejabat kosong ihsan daripada pelbagai pihak.” Itu antara situasi dihadapi 45 daerah di seluruh negara yang dikenal pasti masih belum mempunyai premis Angkatan Pertahanan Awam (APM) sendiri dan kebanyakkannya di daerah Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Ali berkata, pelbagai alternatif sedang diusahakan kerajaan bagi mengatasi masalah itu agar pengoperasian APM berjalan lancar terutama ketika musim bencana.

“Jadi ini antara fokus sama ada kita laksanakan pendekatan melalui pembinaan, kalau tidak pun peruntukan itu tidak serta merta untuk membina pejabat, kita mencari premis kerajaan sama ada persekutuan antau negeri yang boleh kita tempatkan pegawai-pegawai dan kakitangan kita,”

“sebagai urusetia kepada jawatankuasa pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah maka keutamaan kita untuk memastikan sebagai urusetia peringkat daerah semua APM daerah mempunyai premis untuk mereka beroperasi,”

“kerana mereka juga melibatkan pengurusan aset-aset yang melibatkan pengurusan bencana jadi keutamaan kita isu yang telah kita kenal pasti dan dariapda 45 daerah itu malangnya kebanykannya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Datuk Armizan berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penutupan bengkel penyelarasan operasi dan pengurusan bencana negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Jelasnya setakat ini sejumlah 160 daerah sudah mempunyai premis APM sendiri manakala 45 daerah lagi ada yang beroperasi dari rumah dan menumpang di balai raya dalam melaksanakan tanggungjawab pengoperasian APM.

Tambah Armizan, salah satu alternatif lain adalah bekerjasama denngan pihak swasta meminjamkan secara ihsan premis mereka bagi penempatan anggota dan pegawai APM.

“Contoh di Sawarak report yang saya terima masih ada APM daerah yang beroperasi di rumah, pegawai kita ini kawasan pedalaman sebab tidak ada premis maka mereka terpaksa beroperasi di rumah mereka untuk memastikan mereka dapat terus apa juga halangan dan cabaran mereka dapat memberikan khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Menurut Armizan lagi, perkara asas iaitu premis dan kebajikan pengurusan anggota bertugas itu penting selain meneruskan usaha meningkatkan kefahaman pertahanan awam kepada masayarakat.

Loading...
Terkini