comscore
Tumpuan :
Nasional

4,419 mangsa banjir di 33 PPS seluruh negara setakat 3 petang tadi

Foto hiasan 

KUALA LUMPUR: Seramai 4,419 mangsa banjir masih ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.

Setakat jam 3 petang tadi, Laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, semua mangsa membabitkan 1,329 keluarga masih berlindung di PPS yang beroperasi di lapan negeri.

Di Pahang, sembilan PPS dibuka di Temerloh bagi memberi perlindungan kepada 1,803 mangsa daripada 544 keluarga.

Di Perak, 1,360 mangsa membabitkan 431 keluarga ditempatkan di 11 PPS antaranya di Hilir Perak, Kerian, Kuala Kangsar, Perak Tengah serta Kampar.

Di Kedah, 1,057 mangsa daripada 304 keluarga ditempatkan di dua PPS di Kota Setar dan Pendang.

Selain itu, sebuah PPS di Betong, Sarawak dibuka bagi menempatkan 105 mangsa daripada 26 keluarga.

Di Melaka, jumlah mangsa kekal dengan 31 daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS di Jasin.

Manakala mangsa di Johor berkurangan apabila hanya dua mangsa daripada sebuah keluarga masih mendapatkan perlindungan di sebuah PPS di Batu Pahat.

Selain itu, sebuah keluarga di Kuala Lumpur terdiri daripada lima ahli keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Sentul hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini