comscore
Tumpuan :
Nasional

44 penumpang nyaris rentung, bas terbakar

Kesemua 42 penumpang dan 2 orang pemandu terselamat dalam kejadian sebuah bas ekspress terbakar 100 peratus di kilometer 52.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang pada jam 11.15 malam, semalam. Foto Hamzah Nordin.

BENTONG: 44 penumpang termasuk dua pemandu nyaris rentung apabila bas ekspress yang mereka naiki terbakar di kilometer 52.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang di sini pada jam 11.15 malam, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zulfadli Zakaria berkata Pegawai Operasi, Muhammad Ishak melaporkan kejadian itu berlaku ketika bas itu dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

“Menurut pemandu bas tersebut, kebakaran itu berlaku bermula dari bahagian belakang enjin bas tersebut semasa dalam perjalanan.

Mujur pemandu terbabit dapat menghentikan bas itu dan mengarahkan semua penumpang segera turun,” katanya.

Insiden mengakibatkan bas ekspress ini terbakar 100 peratus.

Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dengan dibantu enam anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda baik berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

Loading...
Terkini