Tumpuan :
Nasional

427 permit jual bunga api dapat kelulusan Polis Terengganu

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin (tengah) menyaksikan majlis serah tugas antara Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh (kiri) dan Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu yang dilantik Ketua Polis Daerah Besut yang baru di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, hari ini. FOTO NSTP

BESUT: Sebanyak 427 permit atau lesen menjual bunga api dikeluarkan Polis Terengganu kepada peniaga untuk aktiviti penjualan secara terbuka sepanjang Ramadan setakat ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pihaknya menerima 516 permohonan untuk mendapatkan lesen berkenaan dari semua daerah.

Namun katanya, kelulusan hanya diberikan kepada peniaga yang boleh mematuhi segala peraturan ditetapkan sahaja.

“Daerah Kuala Terengganu, 154 permit diluluskan, Marang (27), Hulu Terengganu (27), Besut (51), Dungun (88) dan Kemaman 80 permit,” katanya di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Besut di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut di sini, hari ini.

Bekas Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Besut yang baharu.

Katanya, permintaan terhadap mercun meningkat tetapi hanya bunga api serta mercun tertentu dibenarkan dijual dan ia perlu mempunyai permit.

Dalam pada itu katanya, laluan sempadan negeri akan diperketatkan bagi mengekang penyeludupan barang terlarang.

Beliau berkata, sekatan jalan raya di beberapa kawasan yang dikatakan berpotensi dijadikan sebagai laluan seludup akan dilakukan lebih kerap serta rondaan penguatkuasan juga dibuat secara berkala.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini