comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

42 seniman graffiti seluruh dunia berkumpul di Langkawi

KUALA LUMPUR: Seni graffiti menjadi salah satu elemen yang mampu menjadi agenda pelancongan, diyakini dapat meningkatkan jumlah pelancong ke negara ini. Seiring dengan matlamat itu, pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk mengangkat dan memartabatkan seni kontemporari ini.

Antaranya adalah Program Graff for Nation anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Balai Seni Negara, yang berlangsung dari 25 hingga 29 Oktober lalu di Hospital Lama Kuah, Langkawi, Kedah.

Program ini bertujuan mengubah premis usang dan terbiar menjadi lokasi tarikan pelancong.

Graff for Nation adalah sebuah interpretasi pameran seni kontemporari bertemakan ‘Lukisan Letter,’ yang menyatukan 42 seniman graffiti dalam penghasilan karya seni berbentuk huruf, yang menterjemahkan intipati karya agung Malaysia dan serantau.

Program ini menghimpunkan seniman tempatan dan antarabangsa dari pelbagai negara, termasuk Indonesia, Singapura, China, Sepanyol, Jerman, Rusia, United Kingdom, Kanada, Belgium, Turkiye, dan India.

Menurut Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad, penganjuran program ini juga seiring dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendorong penerokaan karya sastera agung negara, khususnya dalam kalangan generasi muda dan baharu.

Menurut Amerrudin, program ini berupaya menghidupkan ruang tersebut ke arah yang lebih menarik melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat.

Ujarnya, lokasi ini akan terus dimanfaatkan dengan pelbagai program kesenian dan kebudayaan. Antaranya, Pameran Sunyi yang bakal berlangsung dari 15 hingga 24 November ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini