comscore
Tumpuan :
Nasional

403,637 calon duduki SPM 2022 mulai esok

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 akan berjalan mulai esok hingga 15 Mac- FOTO :NSTP

KUALA LUMPUR: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diduduki 403,637 calon mulai esok hingga 15 Mac depan di 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata bagi tujuan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu, kira-kira 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik.

“Semua calon diingatkan agar sentiasa merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan,” menurut kenyataan itu.

KPM turut mengingatkan para calon untuk mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM tahun 2022. -BERNAMA

Loading...
Terkini