comscore
Tumpuan :
Nasional

40 pam tambahan disediakan menjelang tengkujuh – Exco Selangor

Foto hiasan

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor bersedia mengerakkan 40 pam tambahan di pintu kunci air bagi mempercepatkan aliran air terutama di lokasi berisiko banjir pada musim tengkujuh ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim langkah ini sebagai persediaan untuk mengelakkan kejadian banjir besar berulang.

“Kita sudah ada banyak pam, sekarang kita ada 40 pam tersedia untuk digerakkan di mana-mana lokaliti (banjir).

“Jumlah ini membabitkan 30 pam dari Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dan 10 lagi yang ditempah sebelum ini.

“Selain daripada pam, kena berjaga dengan generator. Kalau ada pam, tiada generator tiada guna.

“Justeru, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga diminta bersedia untuk mengerakkan generator (mobile) mereka bagi pam air yang menggunakan tenaga elektrik ini,” katanya kepada media selepas pembentangan Belanjawan 2024, di sini hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan di Taman Sri Muda katanya, kerja-kerja menaik taraf pam air berjalan lancar dan dijangka siap selewat-lewatnya Februari tahun depan.

Jelas beliau, apabila siap nanti akan mempunyai sembilan pam air kesemuanya dengan kapasiti pengepaman 13,000 liter per saat.

“Ini membabitkan keseluruhan kos RM6.8 juta termasuk menaiktaraf parit di lokasi berkenaan.

“Kerajaan Persekutuan juga sudah meluluskan peruntukan RM160 juta bagi pembinaan tembok penghalang banjir khusus di Seksyen 25 (Taman Sri Muda),” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini