comscore
Tumpuan :
Nasional

4 wanita, 2 lelaki dikhuatiri sesat di Gunung Angsi – JBPM

 

SEREMBAN: Empat wanita dan dua lelaki dikhuatiri sesat ketika mendaki Gunung Angsi, Kuala Pilah hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Seri Menanti, Norhirwan Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.31 malam ini mengenai kejadian sekumpulan pendaki sesat di gunung berkenaan.

“Maklumat awal mendapati, semua mangsa masih belum pulang ke rumah menyebabkan pengadu memohon bantuan daripada pihak bomba untuk mencari mangsa.

“Bertindak atas maklumat, enam anggota BBP Seri Menanti telah bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera FRT (Fire Rescue Tender) sejurus menerima panggilan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, terdapat dua kenderaan di kaki Gunung Angsi disyaki milik mangsa.

Beliau berkata pasukan bomba tiba di pondok checkpoint bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini