comscore
Tumpuan :
Nasional

4 suspek pelaburan i-Serve direman

Foto hiasan

KUALA LUMPUR : Empat individu termasuk peguam yang ditahan semalam, direman bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan perniagaan i-Serve Technology & Vacation Sdn Bhd (i-Serve) serta rangkaiannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek pertama wanita berusia 30 tahun direman empat hari.

Suspek kedua wanita berusia 33 tahun dan suspek ketiga lelaki berusia 48 tahun direman tiga hari.

“Suspek keempat yang juga peguam berusia 62 tahun direman sehari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media semalam melaporkan empat individu termasuk peguam diberkas berkait kes pengubahan wang haram membabitkan syarikat pelaburan i-Serve yang dipercayai ada kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan MYAirline.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini