KUALA TERENGGANU: Paras air sungai di kebanyakan sungai di Terengganu masih melepasi paras normal.
Setakat jam 4 petang tadi, empat sungai direkodkan melepasi paras bahaya dan lima paras waspada.
Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga daripada empat sungai melepasi paras bahaya itu terletak di Dungun dan satu sungai di Hulu Terengganu.
Sungai yang melepasi paras bahaya di Dungun adalah Sungai Dungun di Kuala Jengai dengan bacaan 25.98 meter (m); Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (12.98m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (RHN) (13.05m).
Turut melepasi paras bahaya adalah empangan Puah, Hulu Terengganu yang mencatatkan bacaan 301.01m berbanding paras normal 287m.
Sementara itu, lima sungai yang direkodkan melepasi paras waspada adalah dua di Hulu Terengganu; satu di Setiu; satu di Kuala Nerus dan satu di Dungun.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Air sungai naik mendadak, pekan Sungai Lembing dilanda banjir kilat
- 2,953 mangsa banjir di empat negeri pagi ini- NADMA
- Banjir Terengganu: 1,812 mangsa di 24 PPS
- [VIDEO] Lori terkandas banjir di Jambatan Gemunchor terbakar
- Baru empat jam cuci rumah dah dilanda banjir semula
- Al-Sultan Abdullah pantau projek tebatan banjir Sungai Lembing