Tumpuan :
Nasional

4 rumah musnah terbakar, 20 tinggal sehelai sepinggang

Anggota bomba berusaha mengawal api daripada merebak dalam kejadian empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Teguli, Jalan Ramayah. – FOTO: NSTP

PUTATAN: Lebih 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila empat rumah di Kampung Teguli, Jalan Ramayah, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Penolong Penguasa Bomba Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu jam 8.39 malam.

Katanya, sepasukan 34 pegawai dan anggota dari BBP Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi bagi operasi pemadaman.

“Kebakaran membabitkan empat rumah dan sebaik bomba tiba operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran, enam pancutan dari sumber air jentera, pili bomba dan sungai.

“Keempat-empat rumah musnah terbakar dan operasi memadam kebakaran terkawal jam 9.44 malam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini