comscore
Tumpuan :
Nasional

4 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air dari Lubnan

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Empat rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beirut, Lubnan pagi tadi.

Perkara itu disahkan Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wisma Putra, seorang lagi rakyat Malaysia dijadual tiba di tanah air pada petang ini.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah memudah cara pelepasan mereka dari Beirut melalui pesawat komersial.

“Usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang masih berada di Lubnan (iaitu) berjumlah 16 orang akan berjaya dievakuasi dengan selamat,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata, pihaknya komited sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Lubnan.

Jelasnya, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan.

Sejak 23 September lalu, tentera Israel telah melancarkan serangan udara intensif yang belum pernah berlaku ke atas Lubnan.

Sejak 8 Oktober 2023, Hizbullah dan tentera Israel saling berbalas serangan di sempadan Lubnan-Israel di tengah-tengah kebimbangan konflik lebih meluas ketika konflik antara Hamas dan Israel berterusan di Semenanjung Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini