Tumpuan :
Nasional

4 premis disita dan dua pusat hiburan ditutup DBKL

FOTO: DBKL

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita empat premis dan dua pusat hiburan langgar syarat lesen, diarah tutup dalam serbuan di sekitar ibu kota kelmarin.

Operasi dijalankan di Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan Pudu Ulu, Jalan Tun Razak dan Setapak, di sini.

DBKL berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan pegawai penguatkuasa di 12 buah premis, pihaknya mendapati premis-premis turut mengadakan aktiviti hiburan membabitkan persembahan live muzik, nyanyian karaoke dan DJ Muzik tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.

“Tindakan penutupan serta merta terhadap duabuah premis mengikut Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka tiga kertas siasatan (IP) mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (live muzik/DJ) tanpa kebenaran dan mengeluarkan tiga notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 (Melantik Pembantu Tanpa Kebenaran),” katanya dalam kenyataan.

FOTO: DBKL

Menurutnya, dua notis kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta 1 notis kompaun Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1982 (Pamer Iklan Tanpa Lesen).

“Pelbagai peralatan dan barangan sitaan terdiri daripada mixer sound, digital mixing console, speaker, monitor, komputer riba dan lain-lain. Barangan dan peralatan muzik telah dihantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

“Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Loading...
Terkini