Tumpuan :
Nasional

4 PPS di buka susulan hujan berterusan di Kota Tinggi

Foto ihsan JBPM Johor

KOTA TINGGI: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini selepas beberapa kawasan perumahan dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan bencana daerah memaklumkan, empat PPS itu termasuklah Sekolah Rendah Arab Bersatu (SRAB), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota, Sekolah Kebangsaan Laksamana dan Dewan Kampung Baru Sungai Mas yang dibuka jam dibuka 8:00 malam tadi.

Ketika ini pasukan penyelamat sedang giat memindahkan sebilangan mangsa yang kediaman mereka dinaiki air ke PPS berdekatan.

Dalam pada itu, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, berhampiran Simpang Sungai Mas dan Jalan Bandar Penawar-Tanjung Balau, berhampiran Ladang Siang, di sini, ditutup kepada kenderaan ringan susulan digenangi banjir akibat hujan lebat sejak pagi tadi.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain dan tidak bertindak meredah air banjir bagi mengelak sebarang risiko.

Laluan berkenaan hanya dibuka bagi kegunaan kenderaan berat sahaja buat sementara waktu.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan tahap berterusan tahap bahaya di seluruh negeri Johor membabitkan semua 10 daerah, sejak pagi tadi.

Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh hubungi mana-mana balai polis terdekat atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-883 7222.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini