Tumpuan :
Nasional

4 penerbangan dari Alor Setar dibatalkan akibat banjir

ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya empat penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) hari ini dibatalkan, susulan landasan terpaksa ditutup akibat banjir.

Harian Metro melaporkan, dua penerbangan berkenaan adalah ke Kuala Lumpur dan masing-masing satu ke Subang dan Johor Bahru yang dijadualkan berlepas antara 7 malam hingga 11 malam.

Terdahulu, Malaysia Airport mengeluarkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) di LTSAH dan menutup landasan terbang di lapangan terbang itu buat sementara waktu.

Bagaimanapun terminal lapangan terbang masih dibuka dan penumpang dinasihat untuk menyemak dengan syarikat penerbangan bagi mendapatkan maklumat penerbangan terkini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini