Tumpuan :
Nasional

4 pegawai mantan PM ke-9 ditahan SPRM

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan mantan Perdana Menteri ke-9 bagi membantu siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan itu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula Jumaat lalu untuk tiga individu di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Seorang lagi individu direman tiga hari dan dilepaskan hari ini.

Azam berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16a iaitu meminta atau menerima rasuah.

Beliau turut memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini