comscore
Tumpuan :
Nasional

4 orang terperangkap dalam rumah kedai terbakar diselamatkan

FOTO: JBPM

KAJANG: Tindakan pantas bomba membuka pintu rumah kedai di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, di sini, yang terbakar berjaya menyelamatkan empat orang terperangkap di dalamnya pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.28 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dibantu BBP Bangi, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan Pasukan Bomba Sukarela Bangi dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati satu unit rumah kedai dua tingkat terbakar di bahagian atas dan bawahnya, sebanyak 75 peratus.

“Turut terbakar, tiga unit kedai berkembar terbakar 90 peratus di mana dua lelaki dan dua wanita berusia 27 hingga 58 tahun terperangkap di bawah kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bomba kemudian terus bertindak membuka pintu menggunakan alat pemotong sebelum berjaya membawa keluar mangsa.

“Mereka kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans selepas mengalami sesak nafas,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini