Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 4 melecur, 3 sesak nafas gas ammonia bocor

FOTO: Bomba Selangor

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KLANG: Empat individu melecur manakala tiga lagi mengalami sesak nafas dalam insiden kebocoran gas ammonia yang berlaku di sebuah kilang pemprosesan makanan di Pulau Indah, Klang, petang tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden kecemasan itu jam 12.17 tengah hari.

Berikutan itu, 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah telah dikerahkan ke lokasi.

Operasi turut dibantu oleh BBP Shah Alam dan BBP Bukit Jelutong.

“Berdasarkan laporan komander operasi, terdapat kebocoran pada valve saluran gas ammonia kilang.

“Sebelum pihak bomba tiba, pihak kilang telah menghantar empat mangsa melecur ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Valve berjaya ditutup pada jam 3.10 petang. Tiga pekerja kilang yang mengalami sesak nafas telah dibawa ke hospital oleh KKM,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini