Tumpuan :
Nasional

4 maut dalam nahas babitkan Toyota Vios, lori

 

Foto ihsan JBPM Johor

KOTA TINGGI: Empat individu termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori lima tan di Jalan Batu Tiga dekat sini, tengah hari tadi.

Mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang kereta Toyota Vios manakala pemandu lori jenis Isuzu, cedera.

Mangsa maut dikenal pasti sebagai Aieman Azriq Ahmad, 22, Nurul Fazilah Noor Azmi, 22, Aryan Kasyaf Abdul Razzaq, 3, dan seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada Aieman Azriq belum dikenal pasti identitinya.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, sebaik menerima panggilan, 9 anggota dari Balai Bomba Kota Tinggi dan Bandar Tenggara bergegas ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Shahrulnizam Johari.

“Sebaik tiba di lokasi anggota membuat “size up” dan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang meninggal dunia telah disahkan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua mangsa di hantar ke Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini