Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 4 maut dalam kebakaran rumah

MUAR: 4 beradik dipercayai maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, Muar, Johor.

Difahamkan mangsa adalah dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 4 dan 6 tahun manakala dua lagi kanak-kanak lelaki berusia 3 dan 8 tahun.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu sekitar jam 7.49 malam tadi.

Susulan itu, 20 pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera pemadam (FRT) dan satu jentera van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar turut dibantu BBP Bukit Gambir.

Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati 80 peratus daripada keseluruhan rumah jenis separuh kekal berkenaan telah musnah dijilat api.

Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air rumah tersebut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini