Tumpuan :
Nasional

4 lelaki kurung Ummu Atiyah dipercayai masih dalam Malaysia

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya empat lelaki yang didakwa mengurung Ummu Atiyah, anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad di perkampungan GISB Holdings (GISB) di Kampung Batu Hampar Dalam, Perak masih berada di dalam negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya percaya, mereka ini masih berada di dalam negara dan usaha mengesan bagi membantu siasatan sedang dijalankan.

“Kita percaya suspek tidak melarikan diri ke luar negara dan masih berada di sini.

“Usaha-usaha mengesan mereka ini sedang dijalankan susulan anak sulung bekas pemimpin Al-Arqam berusia 41 tahun itu mendakwa dikurung di perkampungan terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan PDRM selesai merakam keterangan Ummu Atiyah, anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang mendakwa dikurung di perkampungan GISB Holdings (GISB) di Kampung Batu Hampar Dalam, Perak.

Razarudin dilaporkan berkata, rakaman percakapan wanita berusia 41 tahun itu diambil di Balai Polis Padang Gajah yang mendakwa dia dikurung di dalam rumah dua bilik dalam tempoh kira-kira sebulan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini