comscore
Tumpuan :
Nasional

4 kereta, 1 motosikal musnah dalam kebakaran libatkan 5 bengkel

Oleh: Selwam Arjunan

TELUK KUMBAR: Empat buah kereta dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran membabitkan lima bengkel kenderaan di Gertak Sanggul, di sini, petang semalam.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.51 petang.

Jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau yang tiba di lokasi mendapati lima lot garaj kereta sedang terbakar.

“Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran (bengkel) adalah sebanyak 60 peratus.

“Kebakaran telah memusnahkan empat kereta iaitu Toyota Estima, Perodua Viva, Proton Persona, dan Proton Wira serta motosikal Honda EX5.

“Kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain lapan anggota dan pegawai bomba, operasi pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela berhampiran.

Tiada mangsa yang dilaporkan terjejas.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini