![](https://media.buletintv3.my/2023/05/TEMPLATE-CMS-PP-41.jpg)
KUALA LUMPUR: Dua daerah di Kelantan serta satu masing-masing di Pahang dan Johor terus mencatatkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam laporannya menyebut empat lokaliti itu adalah Pasir Mas, Kuala Krai, Rompin dan Muar.
Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian mencecah 35 C untuk tiga hari berturut-turut.
“Penduduk setempat diminta untuk minum air secukupnya dan elakkan pembakaran terbuka,” katanya.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh melayari https://www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca.