comscore
Tumpuan :
Nasional

4 ditahan, tunggang motosikal dengan aksi berbahaya

JOHOR BAHRU: Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun ditahan polis selepas melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal, di Jalan Skudai-Pantai Lido semalam.

Mereka ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh pegawai dan anggota polis bahagian penyiasatan trafik Johor Bahru Selatan bermula jam 5 petang hingga tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, seramai 56 individu dan 51 buah motosikal telah diperiksa.

“Seramai 22 pemilik motosikal telah dikenakan tindakan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubahsuai enjin dan ekzos mereka.

“Polis juga telah mengeluarkan 78 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen dan mengubahsuai struktur kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan

Tambahnya, tiga lelaki berumur antara 24 dan 30 tahun ditahan semasa melakukan aksi berbahaya di jalanr aya hingga membahayakan keselamatan pengguna jalan lain.

“Remaja berumur 16 tahun ditahan kerana menunggang motosikal menggunakan plat palsu akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara berbahaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini