Oleh: Hilmi Abdul Malik
KUALA LUMPUR: Empat individu lelaki ditahan susulan kes rempuhan sekumpulan individu di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama malam tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, permohonan reman juga telah dikemukakan hari ini.
Menurutnya, kejadian berpunca akibat perselisihan faham antara kumpulan suspek dan mangsa ketika berhibur.
Insiden mengakibatkan dua mangsa cedera ekoran dirempuh dua kenderaan.
Menerusi video tular, kekecohan itu menyaksikan kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Vios melakukan rempuhan secara beberapa kali.
Polis bagaimanapun belum menerima sebarang laporan polis daripada mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.