comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 4 anggota MALBATT cedera terkena serpihan letupan serangan Israel di Lubnan

 

KUALA LUMPUR: Seramai 4 pengaman Malaysia Battalion (MALBATT 850) dilaporkan cedera dalam satu serangan tentera Israel di Sidon, Selatan Lubnan.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tentera Darat Lubnan dalam satu kenyataan memaklumkan kenderaan membawa anggota pengaman MALBATT yang bertugas di bawah UNIFIL sedang melalui sekatan jalan.

@buletintv3 6 Anggota MALBATT Cedera Ringan – ATM #beritaditiktok #buletintv3 #ATM #MALBATT #Lubnan ♬ original sound – BuletinTV3

“Tentera Israel telah mengebom sebuah kereta yang melalui Awali di Sidon.

“Serangan ini menyebabkan 3 warga Lubnan maut,” kata kenyataan itu.

Foto: Reuters

Serangan itu turut disahkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dalam satu hantaran di X.

“Lima anggota pasukan pengaman cedera ringan dan dirawat oleh pasukan perubatan Lubnan di lokasi kejadian.

Foto: Reuters

“Anggota terlibat akan meneruskan tugas seperti biasa. Turut cedera dalam kejadian tiga anggota tentera Lubnan di pos pemeriksaan berhampiran.”

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan.

Atur gerak pasukan Malbatt 850-12 yang membabitkan kekuatan 854 pegawai dan anggota termasuk pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang pegawai awam dilaksanakan secara berperingkat bermula 6 sehingga 18 November.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini