comscore
Tumpuan :
Nasional

39 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan

FOTO: PDRM

SUNGAI BULOH: Polis mengeluarkan 222 saman dan menyita 39 motosikal dalam operasi khas samseng jalanan di Lebuhraya Guthrie, di sini, bermula semalam hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, operasi berkenaan bermula jam 10 malam tadi hingga 8 pagi ini bagi membanteras samseng jalanan yang semakin berleluasa.

Menurutnya, dalam operasi ini, sebanyak 242 motosikal diperiksa dan 222 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kebanyakan kesalahan yang dikesan membabitkan tiada lesen memandu selain 39 motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Seramai 15 penunggang motosikal berusia 17 hingga 26 tahun ditahan kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, saringan ujian air kencing terhadap seorang lelaki didapati positif dadah dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, kesemua tangkapan dan motosikal dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini