Tumpuan :
Nasional

3,609 anggota ditugaskan sempena Op Selamat 23 – JSPT

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri sewaktu sesi wawancara OP Selamat 23 Tahun Baharu Cina bersama Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi.

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Seramai 3,609 anggota akan ditugaskan sempena OP Selamat 23 yang akan bermula 28 Januari hingga 2 Februari bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ia bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin disamping penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan.

“Kita mahu mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku kepada pengguna-pengguna jalan raya lain”

“Saya berharap kepada pihak orang ramai supaya dapat memberikan kerjasama dengan pihak PDRM dan juga daripada anggota JSPT saya”

Beliau berkata demikian ketika ditemui Buletin TV3 selepas sesi wawancara OP Selamat 23 Tahun Baharu Cina bersama Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi.

Jelas Datuk Seri Mohd Yusri lagi, lebuhraya utara selatan dan pantai timur menjadi fokus utama JSPT dalam Op Selamat kali ini atas faktor penggunaan trafik yang tinggi.

Disamping itu, beliau turut menjelaskan, kenderaan berat seperti lori tidak dibenarkan berada di atas jalan raya sepanjang tempoh Op Selamat ini dijalankan.

Tindakan saman atau kompaun serta merta boleh dikenakan kepada mana-mana pemandu kenderaan berat yang mengingkari arahan tersebut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini