comscore
Tumpuan :
Nasional

36 bayi di Hospital Al-Shifa berisiko kehilangan nyawa 

Berat bayi yang masing-masing tidak sampai 1.5 kilogram kini terbaring bersebelahan atas katil biasa. FOTO: Reuters

SEMENANJUNG GAZA: Nasib 36 lagi bayi di Hospital Al-Shifa ibarat di hujung tanduk.

Menurut kakitangan perubatan, ini susulan tiada mekanisme jelas untuk memindahkan mereka walaupun terdapat inkubator disediakan lebih-lebih lagi ketika serangan udara dan pertempuran sengit di sekitar hospital itu.

Berat bayi yang masing-masing tidak sampai 1.5 kilogram, malah ada antaranya hanya 700 gram hingga 800 gram, kini terbaring bersebelahan atas katil biasa.

Ia sekali gus mendedahkan mereka kepada jangkitan dan tanpa penyesuaian tahap kelembapan serta suhu.

Tiga daripada 39 bayi pramatang berkenaan telah meninggal dunia sejak hospital terbesar di Gaza itu kehabisan bahan bakar, minggu lalu.

Seperti Al-Shifa, kebanyakan hospital di Gaza telah ditutup disebabkan ketiadaan bahan bakar serta bekalan atau sudah dipenuhi pesakit serta mangsa yang cedera dalam pertempuran.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini