comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 34 cedera bas langgar pembahagi jalan di KM273.4 arah utara

Bas persiaran dua tingkat melanggar pembahagi jalan di KM 273.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan Gunung Lang, di Ipoh, awal pagi tadi. – FOTO: Ihsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh

IPOH: Seramai 34 penumpang dan pemandu sebuah bas persiaran dua tingkat cedera selepas kenderaan yang mereka naiki itu melanggar pembahagi jalan di KM 273.4, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berdekatan Gunung Lang, di sini awal pagi tadi, dipercayai akibat terbabas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, tiga individu termasuk dua wanita yang berada di tingkat bawah bas `double decker’ itu disahkan cedera akibat tersepit di antara kerusi penumpang.

Katanya, 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu anggota BBP Simpang Pulai digerakkan ke lokasi sebaik panggilan kecemasan diterima jam 1.10 pagi tadi.

@buletintv3 KEMALANGAN | 34 penumpang termasuk pemandu sebuah bas persiaran dua tingkat cedera selepas bas yang dinaiki hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan. #BuletinTV3 #Kemalangan #BasPersiaran #HilangKawalan #PLUS #Ipoh ♬ original sound – BuletinTV3

“Bas itu dinaiki 33 penumpang dengan 30 berada di tingkat atas manakala tiga lagi di tingkat bawah selain pemandu. Tiga mangsa cedera tersepit dikeluarkan pihak bomba manakala 31 lagi cedera ringan keluar sendiri.

“Anggota bantu mengeluarkan mangsa di tingkat bawah yang tersepit dengan menarik pelaras kerusi dan mengeluarkannya dengan menggunakan pengusung,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Azman berkata tiga mangsa cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut manakala selebihnya diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan yang datang membantu.

Katanya, operasi berakhir jam 2.45 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini